Salam semua rakan-rakan izan.
Sihat ke?. pejam celik sekejap je dah masuk bulan Mac kan. Macamana progress azam 2017? berapa persen dan laksanakan? fikir-fikirkan lah ye.. hihi..
Izan baru balik dari Seminar Terapi Instagram (TIJM) Bangi baru-baru ni. Sampai-sampai rumah je dapat bil air. Ya Allah, terperanjat bil air sampai RM105.20. Mandi ke mende ni sampai seratus lebih bil air. Check punya check rupanya SAJ baru upgrade sistem deposit. Katanya "Ini selaras dengan Akta Industri Perkhidmatan Air". Sebelum ni deposit air yang dikenakan hanya RM20. Bila upgrade kena tambah lagi RM60. Makcik makcik mesti terkejut bila dapat bil air bulan ni. Ye la kan, orang tua-tua ni mane lah nak tahu sangat benda-benda macamni. Biasanya cuma tengok JUMLAH PERLU DIBAYAR je. Yang lain-lain diabaikan.
Untuk lebih lanjut boleh tengok sendiri di laman web SAJ.
www.saj.com.my |
Bulan ni bukan saja kenaikkan bil air, bil eletrik umah izan pun naik. Pening kepala tapi nak buat macamana kan. Redha je lah walaupun geram jugak sebenarnya. Bil eletrik umah izan ni naik disebabkan kenaikkan bayran lampu jalan persendirian. Nak tunggu TNB bagi lampu free sampai kesudah tak dapat. Bil lampu persendiran naik dari RM9.88 kepada RM20.13. Peningkatan sebanyak lebih 100%.
Ya Allah, aku bayar lampu jalan ni kerana Allah Ta'ala. Mudah-mudahan ia memberi kebaikkan dan kemudahan kepada penduduk kampung khasnya, dan pengguna jalan raya amnya.
"AKU RAKYAT MALAYSIA"
0 comments:
Post a Comment