Service Repair Jeans (Alter Jeans)

Posted by

Salam semua..

Kalau korang beli jeans ada tak tiba-tiba korang cakap "alamak, panjang sangat lah pulak" "kat mana nak hantar repair ni".. haaa, kalau korang memang pencinta seluar jeans baik lelaki mahupun perempuan, ni izan nak habaq kedai yang menyediakan perkhidmatan repair jeans ni..

Kedai Muotown ni terletak kat bandar Muar, Bandar Di Raja.. Alamak, jauhnya dari kL nak ke Muar.. Jangan risau, abam Pos Laju kan ado..hihi.. ok, kedai ni menyediakan perkhidmatan repair seluar jeans.. korang nak potong ke nak apa ke cakap je dengan owner Muotown ni.. Bro ni jahit memang kemas dan teliti.. kalau order tengah banyak, memang korang kena sabar menunggu.. kalau jenis yang tak sabar terpaksa lah korang carik kedai lain.. hihi.. Lokasi kedai di tengah Bandar Muar berhampiran perhentian bas ekspress di Hentian Bentayan..  senang je nak jumpa kedai ni.. kalau dari Ledang, turun je Jambatan Sultan Ismail tu, kedai ni terletak sebelah kiri selepas Pejabat Perikanan.. Kalau dari lain-lain arah, cari je Bustan Bus Ekspress.. sure jumpa punya lah..


Waktu operasi petang hingga ke malam.. kalau korang terjah awal pagi kul 8 memang terpaksa lah pekena Cendol Bakar kat Jalan Sisi tu dulu.. tak cukup dengan cendol, tengah ari pekena Mee Bandung Abu Hanifa, petang pekena apam balik muo baru lah kedai ni akan bukak..jenuh nunggu ni..haha.. nak senang contact je no bro ni +60123282651

Gud Job Bro.. Moga business terus maju.. dengar-dengar nya deret bangunan ni nak dirobohkan.. bila tu tak tahu lah.. dengarnya Sultan Johor nak perindah Bandar Muar ni terutama kawasan tepi sungai yang kat tengah bandar.. bangunan kedai ni antara kawasan yang dikhabar kan akan dirobohkan dan dipindahkan.. bustan ekspress tu pun dengarnya akan dipindahkan kat tempat lain..


Sejak Muar jadi Bandar Di Raja ni makin banyak perubahan.. 
Sayang Sultan Johor.. Daulat Tuanku




Blog, Updated at: Friday, August 21, 2015

1 comments: