Bantuan PKS Johor - Lulus

Posted by

Syukur tak terhingga. Tak sangka permohonan izan lulus.  Semalam Khamis tengahari dapat call tapi izan tak angkat. Biasa insurans je rajin call call ni. Jumaat pagi tolong ibu niaga, hp lupa nak cas tapi bawak jugak lah hp g niaga walaupun bateri tinggal 15% je. Mane boleh tinggal hp dah macam nyawa kod. haha

Balik niaga terus cas hp. Bukak hp tengok ada mesej ni. 2 3 kali izan baca. Betul ke tipu ni. Terus check no yang call izan semalam. Eh no yang sama. Ya Allah suka gembira tak percaya macamana boleh lulus pulak ni. 


Ikutkan maklumat asal yang izan dapat, permohonan yang tidak dapat jawapan selepas 30 Mac bermakna permohonan gagal. Lepas tarikh tutup borang PKS, sebulan tu izan tunggu pihak PKS call. Dah macam macam izan rancang nak buat itu nak buat ini kalau dapat bantuan PKS tu. Izan dah buat proposal sehabis baik dengan harapan boleh lulus. Tapi takde sape call. Sedih sangat tahu tak lulus. Lepas dari tu tanam dalam hati takpe lah takde rezeki, kita move on. Sampai lah hari ni. Dah lupa kan pun. 

Ya Allah, tak sangka betul. Black kejap otak. haha. Ye lah, kita dah ada plan lain, tetiba lain pulak yang datang. Apa apa pun izan bersyukur pada Allah sebab luluskan permohonan izan. Bergitu jugak pada pihak EDC Johor yang telah beri insentif bantuan untuk rakyat johor. Izan sayang Johor. hihi



Blog, Updated at: Friday, May 04, 2018

0 comments:

Post a Comment