Legend of Ubi Makanan Zaman Jepun

Posted by

Salam semua..

Sedapnye ubi.. sekarang ni ubi banyak yang diproses menjadi kerepek.. kerepek ubi sekarang macam2 jenis perasa ada.. ada perasa jagung, kari, bbq, ubi sira, ubi masin & macam2 lagi lah.. ubi pun ada banyak jenis.. ubi kayu, ubi mentega, ubi apa entah lagi tak tahu..

Masa kecik2 dulu, depan umah izan ada taman pokok ubi.. bila nak makan, cabut je pokok ubi tu.. pucuk ubi pun senang nak dapat.. orang yg lalu depan umah siap boleh petik pucuk ubi.. betapa meriahnya pucuk ubi ketika tu.. sekarang takde dah, tanah depan umah dah terbiar lalang yang tumbuh.. terbiar sebab ada aktiviti mengorek parit a.k.a anak sungai yg tak tentu masa.. jadi rugi kalo tanam apa jenis pokok pun sebab bajak korek parit tu akan langgar dengan lumatnya segala jenis pokok yg ada.. dulu kawasan pokok ubi tu tempat paling seronok tuk bermain, sambil mandi parit..hihi.. parit dulu bersih tak macam sekarang.. kalau air paip tak keluar, boleh je mandi air parit, kawasan pun tertutup dek pokok-pokok ubi yg rimbun.. sekarang dah tak lagi.. oooh indahnya zaman kanak-kanak.. 

Baru ni ada jiran bagi ubi kayu.. tak tunggu lama, terus je ku kupas kulit ubi & goreng.. izan lebih suke ubi goreng berbanding ubi rebus.. licin habis.. bertahun tak makan.. rasa macam nak tanam ubi je lepas ni.. sedapnya ubi.. dulu ubi murah, sekarang ubi dah mahal sebab ramai usahawan2 kerepek ubi kat Malaysia ni.. nak murah tanam lah sendiri..kan..hihi

Ubi Kayu

Resepi Ubi Goreng Tumbar:
Ubi dipotong dadu, tumbuk kan bawang putih, ketumbar, jintan dan garam.. gaul rata bahan yang ditumbuk bersama ubi, letak sedikit serbuk kari & tepung.. kemudian goreng sehingga masak..




Blog, Updated at: Thursday, August 13, 2015

0 comments:

Post a Comment