Keberkesanan Produk Shaklee - Berapa Lama Baru Nampak Kesan

Posted by

Salam semua..

Izan nak kongsi sedikit cerita malam ni.. Sebagai seorang pengedar makanan kesihatan, soalan yang sering ditanya oleh pelanggan adalah berapa lama ye boleh nampak kesan? Ada tak kesan sampingan? ada nak kena pantang tak?

Apa jua produk kesihatan atau produk kecantikkan yang dikeluarkan dan dijual, soalan-soalan macamni ni memang tak dapat dielakkan.. Jadi, sebagai pengedar jawab lah dengan jujur dan ikhlas.. jangan kerana ingin mempengaruhi pelanggan atau memberi keyakinan kepada pelanggan atau ingatkan keuntungan, etika-etika perniagaan di ketepikan..

Supplement Shaklee, berapa lama ambil baru nampak kesan? secara jujur nya tiada jawapan spesifik untuk soalan ini.. secara am nya sekurang-kurangnya 2 minggu dah boleh dapat rasa kesannya, itu pun bergantung kepada kaedah pengambilan supplement.. jika seseorang itu mengambil secara konsisten di samping mengambil air dengan cukup, Insya Allah kesan seawal 2 minggu dah boleh nampak.. selain daripada itu, keberkesanan supplement ini juga bergantung kepada tahap kesihatan badan, tahap ketahanan badan, tahap toksik dalam badan, pengambilan pemilihan makanan.. semua faktor-faktor ini mempengaruhi tahap keberkesnan supplement yang diambil.

Seterusnya, kesan sampingan.. ada tak kesan sampingan.. kalau kita makan lada makan pedas, kesan sampingannya perut akan sakit walaupun sedap kan.. tidur terlalu lama, kesan sampingannya kepala pusing dan sakit walaupun dapat tidur dengan puas.. kesan sampingan ni boleh dikatakan kesan-kesan lain selain kebaikkan yang diperolehi dari sesuatu produk.. bila mana kita mengambil supplement, segala kekurangan, kekotoran dalam badan akan dikeluarkan supaya badan jadi lebih sihat.. contoh, harini kita rasa badan kita sihat walaupun kerap letih.. kemudian kita ambil supplement untuk menangani masalah letih akibat kerja yang terlalu banyak.. diawal pengambilan kepala selalu rasa sakit, badan rasa macam nak demam dan mengantuk.. ini lah yang dikatakan HEALING CRISIS.. gejala ni akan hilang dalam satu tempoh masa..



Jadinya jangan risau untuk ambil supplement.. sebab tak jaga makanan lah badan kita tak sihat, kurang sihat.. Amalkan gaya hidup sihat, Insya Allah penyakit pun dapat kita elakkan.. walaupun statistik Malaysia menunjukkan penyakit jantung pembunuh no 1 rakyat Malaysia, yakin lah bahawa sakit dan ajal maut adalah 2 perkara yang berbeza.. seseorang tu meninggal bukan sebab ia sakit tetapi ajalnya sudah sampai.. hiduplah dengan bersederhana dalam semua aspek kehidupan..




Blog, Updated at: Monday, October 06, 2014

0 comments:

Post a Comment