7 Tips Turunkan Berat Badan

Posted by

Salam semua..

Berat badan kita dipengaruhi oleh beberapa faktor, antaranya lemak, air dan otot.. Tips yang izan nak kongsikan ni adalah tips untuk turunkan berat air..

Tips ini perkongsian dari seminar "Jom Kurus" bersama kevin Zahri. 


7 Tips kurangkan berat air dalam badan:

1. Minum lebih banyak air kosong

Jumlah air yang perlu diambil setiap hari bergantung kepada aktiviti individu.. Lebih banyak aktiviti outdoor memerlukan lebih banyak air berbanding aktiviti indoor.. Minum air 8 gelas sehari dan pastikan urin anda berwarna jernih..

2. Berpeluh 

Pastikan badan berpeluh.. Lakukan aktiviti harian yang boleh mengeluarkan peluh.. Contohnya bersenam, bersukan, membuat kerja rumah, bermain dengan anak-anak, sauna dan banyak lagi..

3. Perbanyakkan pengambilan fibre atau serat

Fibre atau serat perlu dilebihkan dalam diet seharian kerana serat membuat anda rasa lebih kenyang.. Antara makanan yang tinggi dengan serat dan rendah kalori adalah sayur sayuran, buah-buahan, oats dan grains.. Anda juga boleh menukar nasi putih kepada nasi beras perang.  

4. Banyakkan bersenam

Bersenam dapat menguatkan otot pada badan anda, dan dalam masa yang sama ia turut akan membakar kalori dalam badan.. Senaman minimum adalah tiga kali seminggu dan setiap sesi peruntukkan masa setengah hingga satu jam.. 

5. Kurangkan garam

Kurangkan pengambilan garam dalam masakan.. Elakkan makanan yang masin seperti kicap , mi segera, kacang bergaram.

6. Tingkatkan pengambilan Pottasium

Ambil makanan yang tinggi dengan pottasium seperti pisang, brokoli, kurma, kismis dan banyak lagi..

7. Caffein

Caffein membantu mengurangkan berat air.. Jangan takut untuk minum kopi tetapi pastikan kopi diambil tanpa gula atau zero kalori.  


Nota Tambahan





Nurizan ahmad
Pengedar Sah Shaklee Malaysia
nurizanahmad@yahoo.com
013-6783854


Blog, Updated at: Thursday, October 30, 2014

2 comments:

  1. INfo yang menarik. Boleh diamalkan utk gaya hidup yg sihat.

    ReplyDelete
  2. Wahh best entri ni, boleh manfaatkan kalau ada waktu lapang :)
    -iha

    ReplyDelete