Epal Turunkan Kadar Kolestrol

Posted by

Buah epal antara buah yang mudah untuk didapati di Malaysia.  Buah yang berwarna merah  ini mempunyai rasa yang manis dan segar, manakala buah yang berwarna hijau rasanya pula agak masam.  Buah epal, terutama epal hijau sering menjadi pilihan bagi mereka yang sedang menjalani program diet dan untuk menjaga kesihatan.  Namun, tidak kira epal hijau atau merah, kedua-duanya juga sesuai untuk dijadikan salah satu daripada kudapan mudah, jus dan salad sebagai pilihan untuk menu sihat atau menu diet


Epal Turunkan Kadar Kolesterol


Bukan sahaja mempunyai rasa yang hebat dan enak, buah ini juga memiliki manfaat yang begitu besar untuk keperluan tubuh terutama dari segi kesihatan.  Sebahagiannya yang sering diketahui adalah manfaat dalam aspek penurunan berat badan.  Jadi, tidak hairanlah buah ini antara yang terkenal dikaitkan dalam pepatah Inggeris “an apple a day keeps the doctors away”. 

Kandungan pektin (sejenis serat) dan polifenol (salah satu antioksidan yang kuat) di dalam buah ini menjadikan ia sebagai agen yang baik bagi penurunan kadar kolesterol darah dan pencegah oksidasi kolesterol jahat (LDL) iaitu proses kimia yang mengubahnya menjadi plak yang menyumbat arteri.  Oleh itu, untuk memaksimumkan manfaat epal, disarankan agar anda memakannya bersama kulitnya sekali kerana di bahaigan inilah terdapaat antara dua hingga enam kali ganda sebatian antioksidan. 

Selain manfaat tersebut, ikuti antara khasiat-khasiat lain yang boleh didapati dari buah epal.  Jadikanlah ia sebab mengapa anda perlu amalkan memakan buah ini setiap hari demi kesihatan tubuh badan. 

Tinggi serat
Buah ini mengandungi kandungan serat sebanyak 5 gram atau 20% daripada keperluan pengambilan serat seharian.  Disebabkan buah ini agak keras, epal memerlukan anda untuk mengunyahnya dengan sabar dan hal ini dapat memberikan peluang untuk otak memberi signal pada tubuh badan bahawa kita telah kenyang.  Seterusnya, ia akan mengelakkan mengambil terlalu banyak kalori sewaktu makan. 

Pemanis semula jadi di dalam buah ini akan memasuki aliran darah secara berperingkat dan mengakibatkan tubuh dapat memelihara kadar gula darah dan kadar insulin di tahap yang stabil.  Hal ini juga akan membuatkan kita berasa kenyang dalam tempoh yang lama.  Ini adalah lebih baik berbanding jika kita mengambil snek pemanis buatan yang biasanya membuat kitaberasa cepat lapar kembali. 

Mudah bernafas
Wanita yang mengambil buah epal ketika hamil, akan melahirkan anak dengan risiko rendah untuk menghidap penyakit asma, demikian menurut hasil kajian para penyelidik.  Buah ini juga dapat melindungi paru-paru orang dewasa, menurunkan risiko asma, kanser paru-paru dan penyakit-penyakit lainnya. 

Melawan kanser
Hasil kajian makmal menunjukkan bahawa beberapa sebatian di dalam buah epal yang berair mengekang pertumbuhan sel kanser, tetapi akan bekerja secara maksimum ketika epal dimakan seluruhnya (termasuk kulitnya).  Orang yang mengambil epal lebih daripada sebiji setiap hari juga berupaya menurunkan risiko beberapa jenis kanser seperti kanser mulut, esofagus, usus besar, payudara, ovari, prostat dan lain-lain di antara 9-42%. 

Buat lebih pintar
Mungkin disebabkan peningkatan penghasilan asetilkolin, iaitu zat kimia yang berfungsi bagi menghantar isyarat di antara sel-sel saraf, buah epal dikatakan dapat memelihara otak untuk kekal fokus dan tajam seiring dengan pertambahan usia, meningkatkan memori dan berpotensi mengurangi kemungkinan mendapat penyakit Alzheimer, demikian menurut sebuah kajian terbaru dari Universiti Massachusetts.  Meski ia dilakukan terhadap haiwan, namun tiada salahnya jika kita mengambil iktibar untuk cuba membiasakan diri mengambil makanan ringan dengan menu epal bagi mendapatkan kesemua manfaatnya.


Sms/whatsapp : 013-6783854
Shaklee ID: 1096713



Creadit to: Pesona Pengantin


Blog, Updated at: Sunday, February 16, 2014

0 comments:

Post a Comment