Kasih Bapak

Posted by

Salam..

Segala yang berlaku tanpa kita duga pasti ada kebaikkan disebalik kejadian itu. Tiada siapa menduga ayahda tercinta akan pulang kepangkuan Illahi secepat ini. Sekelip mata kau pergi meninggalkan kami.. Lima hari kita bersama di sini menghabiskan masa bersama. Tidak ku duga kau pergi di kala kita baru sahaja sampai dengan selamat ke kedaiman yang kita rindui.. Kau pergi tanpa kata dan pesan.. 




Tanggal 29 Mac 2013 merupakan tanggal pemergian mu.. Kami pasti akan merindui mu.. dan sentiasa mengirimkan Al-Fatihah setiap hari buat mu di sana.. Semoga kau ditempatkan di kalangan hamba-hamba mu yang soleh.

"Setelah habis rezeki seseorang itu,maka ajal pasti akan menjemput. Tidak kira muda ataupun tua. Semoga arwah Ahmad bin Zaini di tempatkan di taman-taman syurga dan dihindarkan dari segala azab Allah SWT. Kehidupan yang sebenar untuk Ahmad bin Zaini telah bermula. Dunia adalah tempat untuk menanam, dan akhirat adalah tempat untuk menuai hasil. Semoga kita yang masih hidup ini dapat mengusahakan iman dan amal kita sebelum ajal menjemput. Insya Allah. (Anakda Shaiful)"





Blog, Updated at: Monday, April 08, 2013

0 comments:

Post a Comment