Dunia Sahabat

Posted by

 Salam..

Semakin meningkat usia, semakin banyak ragam manusia yang dipelajari. Tidak ketinggalan juga lebih mengenali erti persahabatan. Ramai di antara kita yang menginginkan persahabatan yang berkekalan selamanya, mengharap si sahabat sentiasa berada di sisi walau apa jua keadaan. Tetapi tidak ramai yang memahami dan mengerti erti sahabat sebenar dan ramai juga yang tidak dapat membezakan makna rakan dan sahabat. Tidak ramai yang dapat menjalankan peranan sebagai sahabat bahkan hanya lebih kepada seorang kawan. Seorang sahabat sentiasa mengambil berat tentang sahabatnya yang lain, sedangkan rakan hanya mengambil berat pada waktu-waktu tertentu sahaja..

Walau siapa pun yang ada di sisi, sebaik-baik tempat mengadu dan mengharap adalah Allah SWT.
tiada manusia yang dapat memahami manusia yang lain kecuali Allah SWT yang menghidupkan dan mematikan manusia. Seorang hamba patut menanam rasa yakin pada Allah melebihi segala isi dunia..
Wallahu a'lam..

-Pedoman-







Blog, Updated at: Monday, April 15, 2013

0 comments:

Post a Comment