Antara Ibu dan Kerjaya

Posted by

 Salam..

Sejak arwah bapak tak ada kat rumah ni, jadi malas nak buat keje-keje rumah. Nak masak pun malas. Dapur pulak makin cepat kotor gara-gara ibu suka bagi kucing makan sepah-sepah. Aku jugak la yang kena menyapu nanti.. Lagi satu perkara, berbelah bagi nak kerja atau tak.. Kat rumah memang la ada long, abang and adik, tapi long keje.. kul 6 petang baru balik.. adik ngan abang pulak kejap-kejap ada kat rumah kejap-kejap tak ada kat rumah.. buat masa ni aku sorang je la yang sentiasa ada kat rumah temankan ibu.. ibu nak ke mana-mana semua ajak aku.. ada terfikir gak nak buat business sendiri je.. sekurang-kurangnya ada orang teman ibu kat rumah sementara tak kawen lagi ni.. maklum lah anak perempuan bila dah kawen kena la ikut suami.. buat masa ni memang ada buat business online tapi tak serius pun, buat ikut suka je.. kalau betul nak bekerja sendiri kena lebih serius la nampak gayanya.. sejak arwah bapak meninggal memang dah stop hantar job application.. niat nak teman kan ibu sampai hujung tahun.. tengok lah macamana keadaannya nanti.. kita tunggu keputusan dan ketetapan Allah swt..





Blog, Updated at: Tuesday, April 16, 2013

3 comments:

  1. Kadang-kadang pilihan itu amat sukar untuk dibuat kerana kita tersepit di tengah-tengah. Janji Allah S.W.T. , setiap masalah itu ada jalan keluar cuma perlu bersedia jika jalan keluar itu pahit untuk dilalui.

    Tetapi setiap kepahitan itu pasti dibalas dengan kemanisan berkali ganda, cuma saat dan ketikanya kita tidak tahu bila.

    Nice blog! Saya akan letak dalam my bloglist. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Audi Faliq sudi letak blog yg tak seberapa ni dlm bloglist :)

      Delete
    2. Jangan cakap begitu, pada saya blog ini cukup menarik, ada nukilan dan tulisan yang boleh dipelajari dan difikir-fikirkan. Saya sudah add di blog saya. :-)

      Delete