Nilai Barang Kraf

Posted by

Salam semua..

Post tittle pada hari ini adalah nilai barang kraf..
Mahal atau murah seseuatu barang kraf itu bergantung kepada nilai yang kita letak..
Terdapat beberapa langkah atau tips untuk menentukan nilai atau harga barangan kraf ni..




Pertama :
Harga bahan mentah/kos bahan mentah
- ini merupakan faktor terpenting dalam menentukan harga bagi sesuatu barangan

Contoh :
Barangan : Topi kait (Crocheted Hat)
Bahan Mentah : Benang Kait (RM2.00/buku), Butang(RM0.10/biji)

Proses :
Kes 1
Untuk menyiapkan sebiji topi memerlukan 2 buku benang dan 2 biji butang
Maka:
Benang = RM2.00 x 2buku = RM4.00
Butang = RM0.10 x 2 biji    = RM0.20

Kos Bahan Mentah : RM4.20

Kes 2

Untuk menyiapkan sebiji topi memerlukan 1/2 buku benang dan 2 biji butang.
hanya bahan yang di gunakan di kira sebagai kos bahan.
Maka:
Benang = RM2.00/2    = RM1.00
Butang = RM0.10 x 2 biji    = RM0.20

Kos Bahan Mentah : RM1.20


Faham?? Kalau paham kita ke langkah seterusnya..

Kedua :
Harga Upah
- Faktor kedua terpenting yang sering di pandang remeh
-Sentiasa pastikan berapa lama masa yang di ambil untuk menyiapkan sesuatu barangan.
-Kebiasaannya kita akan membuat kerja-kerja ini ketika masa terluang tanpa mengambil kira waktu bermula dan berakhirnya proses membuat barangan tersebut. 

Kes 1
Sekiranya anda bekerja sendirian ianya adalah lebih mudah. 
Catatkan masa bermula sepanjang tempoh menyiapkan barangan tersebut.
Tetapkan harga bg masa yang di gunakan.

Contohnya :
Harga : RM2/15 minit
Masa :
10.00 am : mula mengait/menjahit/sebagainya
10.30 am : berhenti untuk minum pagi
10.45 am : sambung mengait/menjahit/sebagainya
11.15 am : barang siap

maka masa di gunakan untuk menyiapkan projek adalah:
10.00 hingga 10.30 = 30 minit
10.45 hingga 11.15 = 30 minit
jumlah keseluruhan adala 60 minit.
masa dari 10.30 hingga 10.45 tidak d kira kerana tidak melakukan proses untuk menyiapkan barangan.

Harga Upah =
60 minit / 15minit = 4blok
RM2.00x 4 = RM8.00

Faham? JOm ke langkah seterusnya.

Ketiga :
Kos pembungkusan dan penghantaran
Kebiasaannya kita selalu meletakkan kos ini secara berasingan. Contohnya kenyataan selalu di berikan begini "harga topi berkait RM 18 (tidak termasuk kos penghantaran)"

Pada pendapat saya ia tidak mempunyai masalah. Tetapi kita selalu lupa tentang kos pembungkusan. Ia merupakan sebahagian dari kos bahan mentah juga... :)

Ke Empat :

Faktor paling utama yang jarang di lakukan oleh crafter. Menggandakan harga barangan tersebut berdasarkan kos bahan mentah+kos upah.

Sekiranya harga kos bahan mentah +kos upah = RM 4.20 + RM8.00 = RM12.20
Maka harga jualan adalah : RM12.20x2 = RM24.20.

Bandingkan harga ini dengan harga semasa bagi barangan yang sama oleh pengeluar yang lain. Sekiranya jauh berbeza kita perlu ubah pada harga kos upah. Mungkin di turunkan atau di naikkan.

"If you want to sell your crafts and make a profit, you have to set reasonable prices. Carefully consider what your actual costs are, or you'll quickly put yourself out of business."


Credit to : isaracraft


Selamat Maju Jaya..


Blog, Updated at: Wednesday, September 05, 2012

0 comments:

Post a Comment