Hidup Tanpa Hutang

Posted by


Boleh kah kite hidup tanpa hutang??
Kenapa kite berhutang??
Assalamualaikum semua..


Post kali ni mungkin agak panjang berkongsi sedikit cerita berkaitan hutang dan hidup tanpa hutang. Dalam keadaan kehidupan sekarang, boleh kah kite hidup tanpa hutang?? kenape kite berhutang?? Itu lah persoalan yang bermain-main di fikiran apabila seorang ustazah berkata tanpa menyimpan kite boleh membeli kereta, membeli rumah hatta sekali menunaikan umrah.. Tapi bagaimana caranya??





Riwayat Termizzi & Ibnu Majah & abi Said ada mengatakan:

Sabda Rasulullah SAW: "Bermula dunia itu manis, lagi hijau, barangsiapa mengusaha daripadanya yang halal dan mengeluar ia akan dia di dalam yang sebenarnya nescaya diberi Allah akan dia tsawab dan memasukkan dia ke dalam syurga. Dan barangsiapa mengusahai daripadanya akan harta daripada yang tiada halalnya dan dibelanjakannya di dalam yang tiada sebenarnya, nescaya memasukkan Allah Taala akan dia ke dalam negeri yang hina , iaitu neraka jahanam."


Dari Umar r.a:" Dan hindarilah untuk berhutang kerana awal berhutang adalah rasa gundah ( kerana takut tidak boleh membayarnya) dan akhirnya adalah rasa takut (kerana akibatnya yang buruk di mana seluruh hartanya akan habis menjadi taruhannya)".

Allahummousolli a'la Saiyidina Muhammad wa a'la aa lihi wa sohbihi ajmain.


HIDUP TANPA HUTANG. Suatu ayat yang orang teringin tapi sukar melakukannya. Kitaran hidup dari kecil hingga tua malah ada yang sampai mati masih tidak terlepas daripada cengkaman hutangSemasa kecil dibesarkan ibubapa yang dikelilingi hutang. Bila mula memohon IPT digalakkan untuk memulakan hutang. Bila mahu berkahwin juga memulakan dengan membuat hutang. Membeli kenderaanrumah hatta minyak wangi pun berhutang. Pergi kerja disalut hutang..bermula dari kereta hutang, minyak kad kredit, kasut, baju sampai lipstik pun berhutang. Ya Allah beratnya dada memikirkan hutang.


Stigma masyarakat adalah jika mahu bersenang lenang mestilah berhutang. Jika yang mahu memulakan perniagaan juga memulakan dengan dana hutang. Bersepah produk hutang..hanya isi borang, dengar taklimat, ikuti bengkel jutawan kemudian dapat hutang. Situasi yang menjadi biasa malah tiada lagi silu yakni hidup berhutang. Masyarakat berhutang tanpa sebab hatta ada yang pergi umrah dan balik masih berhutang...kononnya yang lain boleh berhutang maka apa salahnya pergi umrah juga berhutang. 



Kisah seorang pelajar kelas langsir berhutang yuran berbulan lamanya dan guru yang mengajar nya memang tidak meminta kerana pelajar sendiri lebih maklum akan keberkatan ilmu langsir. Sewaktu beliau di Madinah, menerima sms daripada pelajarnye yang berbunyi" Ustazah, saya baru bank in RM50, saya pelajar awal tahun dan masih berhutang sesi petang. Saya nak pergi umrah esok dan mohon dihalalkan baki hutang dan jika saya balik saya akan bayar ansur2. Saya mengalami masalah kewangan".  Hmmm ....boleh pergi umrah tetapi tidak mampu membayar hutang RM270. Jika tidak pergi maka hutang dia tidak berganjak. Lucu dan sedih. Lucu kerana lawak bodoh. Sedih kerana dia tidak menjaga kehormatan maruahnya. Tidakkah dia malu dengan Allah kerana sengaja tidak membayar hutang. Beliau membalas sms dengan berkata :" Hutang wajib bayar sebelum umrah kecuali pn pergi di taja orang. Saya tidak halalkan." Kejam jawapannya tetapi kadang-kadang perlu kejam dengan si kejam. 4jam selepas itu hutangnya diselesaikan. Kenapa berliau bertegas? Jawapannya manusia bila terpaksa & takut Allah, dia mampu menyelesaikan masalah.



Ini lah coretan yang dipetik dari penulisan seorang ustazah yang hidupnye diberkati Allah , berjaya dalam perniagaan tanpa pernah berhutang. Subhanallah, maha suci Allah memberi rezeki kepada orang yang yakin Allah ade bersamanye setiap ape yang dilakukan dan hanya meminta hanya kepada Allah.. Ustazah ini juga mengajurkan SEMINAR Hidup Tanpa Hutang atas permintaan pelajar-pelajar beliau.



Semoga kite yang sudah terlajak berhutang dapat melunaskan segala hutang dan memulakan hidup baru tanpa hutang dan mengadu, memohon, meminta hanya kepada Allah swt.




Insan kerdil



Blog, Updated at: Thursday, July 05, 2012

1 comments: